Kejelasan Gerhana matahari 14 Disember 2020

Animasi jalur gerhana

Chile

Jalur gerhana penuh akan pertama kali melintasi Puerto Saavedra, sebelum melintasi sebahagian Wilayah Araucanía, Wilayah Los Ríos, dan sebahagian kecil Wilayah Bío Bío.[1] Bandar yang berada di jalur penuh ialah Temuco, Villarrica, dan Pucón. Gerhana penuh juga kerlihatan di Pulau Mocha. Jalur gerhana ini mirip dengan gerhana Matahari 26 Februari 2017. Gerhana ini terjadi hanya 17 Bulan setelah gerhana Matahari pada 2 Julai 2019 yang juga kelihatan dari Chile dan Argentina. Gerhana ini kelihatan sebagai gerhana Matahari separa di Bolivia, Brazil, Ecuador, Paraguay, Peru, dan Uruguay.

Argentina

Gerhana penuh kelihatan di seluruh Patagonia Utara (terutamanya wilayah Neuquén dan Río Negro), melewati bandar-bandar seperti Piedra del Águila, Sierra Colorada, Ministro Ramos Mexía, Junín de los Andes. Gerhana sebahagiannya kelihatan dari San Martín de los Andes dan San Carlos de Bariloche.